Isnin, 19 Julai 2010

WORD PROCESSING




Untuk minggu ini dan minggu hadapan pelajar menjalankankan aktiviti 'hands-on' dengan tugasan Word Processing 2007/ Pemprosesan perkataan. Pelajar diperkenalkan dengan antaramuka/interface dan ikon dalam MS Word 2007. Selanjutnya pelajar memulakan latihan yang diberi secara individu. Berikut ialah kekuatan yang terdapat pada MS Word;

  • menghasilkan dokumen
  • menyimpannya secara elektronik/dalam bentuk softcopy
  • menayangkannya di skrin
  • mengubahsuai dokumen dengan memasukkan arahan dan menambah karektor baru dari papan kekunci dan mencetaknya.

Kelebihan yang sangat besar apabila kita menggunakan MS Word ialah kita dapat mengubah sesuatu ayat atau perkataan tanpa mengubah keseluruhan dokumen, dan apabila kita tidak mahu sesuatu ayat atau perenggan, kita boleh membuangnya tanpa meninggalkan kesan. Kita dengan mudah dapat memasukkan sesuatu ayat atau perenggan di mana-mana saja bahagian dokumen dan juga dapat mengubah dari suatu bahagian ke bahagian yang lain di dalam dokumen berkenaan atau di antara dokumen.

Untuk menguasai kemahiran MS Word, sila rujuk

Kinkoph, S.W. (2007). Microsoft Office 2007 Simplified. Indiana: Wiley Publishing, Inc


ETIKA DALAM PENGGUNAAN ICT


Kuliah ke 3 membincangkan peraturan-peraturan makmal ICT yang perlu dipatuhi oleh pengguna apabila menggunakan makmal ICT di sekolah dan juga di institusi pendidikan. Kita turut membincangkan mengenai etika penggunaan ICT bagi mengelakkan pengguna melakukan perkara-perkara negatif atau yang tidak sepatutnya dilakukan menerusi kemudahan teknologi yang tersedia. Lima perkara yang disentuh dalam perbincangan ialah;



  • Hak Cipta Terpelihara

  • Ketaksamaan Dalam Teknologi

  • Keselamatan

  • Kerahsiaan

  • Kawalan Kendiri, etika

Pelajar boleh membaca dengan lebih lanjut pada Bab 10 Buku Integrating Educational Technology Into Teaching.


Selanjutnya menerusi Majalah PC April 2010 yang memfokuskan perbincangan Rangkaian Sosial Maya, berikut ialah etika bagi pengguna rangkaian sosial;



  • Semuanya awam - pastikan anda tidak masukkan segalanya di dalam laman web sosial anda kerana apa yang paparkan akan menjadi terbuka kepada awam. Ketahuilah setelah anda memasukkan ke dalam web, anda pasti tidak dapat mengawalnya.

  • Segalanya dimeterai - jika anda menggunakan rangkaian sosial walaupun anda cuba menjadi orang yang tiada nama (anonymous) anda pasti akan dapat dikesan kerana jejak anda di dalam internet pasti akan meninggalkan kesan seperti tapak kaki di dalam pasir. Anda juga secara tidak langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran.

  • Tidak semuanya jujur atau benar - anda hendaklah tahu yang bukan semua di dalam internet itu benar dan betul. Mungkin orang itu menggunakan gambar orang lain untuk Facebooknya dan juga maklumat yang dipaparkan juga palsu. Ingat, segalanya mungkin di internet.

  • Tapis diri anda sendiri - pastikan apa yang anda taip dalam laman web itu tidak mengganggu-gugat orang lain. Jangan tabur fitnah atau jangan lepaskan geram anda secara langsung terus kepada seseorang. Berkiaslah jika perlu.

  • Tidak semua perlu tahu - anda tidak perlu memasukkan segalanya di dalam web. Pastikan maklumat berkenaan sesuai atau tidak untuk umum. Jika ia merupakan maklumat dalaman anda, tidaklah perlu dikeluarkan atau elakkan maklumat sensitif dan rahsia.

  • Asingkan - jika anda ada rakan yang ramai, anda boleh buka sebuah laman web peribadi dan asingkan segala kandungannya berbanding dengan laman web kerja anda. Jangan masukkan bahan-bahan kerja anda dalam web peribadi anda.

Kemudian, kuliah kita telah membincangkan mengenai perkakasan ICT dan fungsinya. Saya mencadangkan pelajar supaya membuat rujukan lanjut kepada laman web yang dicadangkan dalam post saya yang pertama iaitu http://www.howstuffworks.com/

SEJARAH PERKEMBANGAN KOMPUTER DAN IMPAKNYA DALAM KEHIDUPAN


Pada perjumpaan ke 2, topik yang telah dibincangkan bersama ialah mengenai sejarah perkembangan komputer sehingga kini. Bagi melihat impak perkembangan teknologi ini dalam kehidupan manusia, saya mencadangkan pelajar membuat tinjauan susulan melalui bahan bacaan yang tersedia di Pusat Sumber Za'ba dan juga sumber atas talian. Impak perkembangan ICT dalam kehidupan boleh dilihat dari tiga sudut, sosial (kehidupan dan pendidikan) , ekonomi dan politik. Berikut ialah senarai cadangan sumber rujukan atas talian kepada pelajar;


OBJEKTIF KURSUS

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TM3311D3

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap perkara-perkara berikut;


  • Mengenalpasti impak TMK kepada masyarakat.

  • Keselamatan dan etika penggunaan komputer.

  • Mengenalpasti perkakasan dan aplikasi perisian yang berkaitan dengan p&p.

  • Asas Rangkaian dan Internet.

  • Literasi Maklumat.

  • Elemen-elemen multimedia.

  • Sistem Pengurusan Pembelajaran.

Senarai rujukan yang dicadangkan ialah;



  • Roblyer, M.D. (2006). Integrating Educational Technology Into Teaching. 4th ed. New Jersey : Pearson. (LOKASI:PSZ)

  • Duffy & Mc Donald. (2008). Teaching and Learning with Technology. 3rd Ed. Boston : Pearson.(LOKASI:PSZ)

  • http://www.howstuffworks.com/.

  • Majalah PC. Kuala Lumpur:Karangkraf.