Rabu, 27 Oktober 2010

PUBLISHER BASICS








Salam sejahtera kepada pelajar yang dikasihi, pada minggu terakhir kuliah kita, pelajar telah dibekalkan dengan modul publisher basics sebagai aktiviti tambahan. Berpandukan modul berkenaan, pelajar telah menjalankan aktiviti hands on secara individu tanpa penerangan atau kuliah dari saya. Atas kepercayaan saya terhadap kebolehan dan minat para pelajar sendiri yang sangat mendalam terhadap ICT, pelajar diberi kebebasan memilih templat yang diminati ataupun merekaciptanya sendiri untuk menghasilkan bahan yang pelajar minati. Dari persembahan pelajar (flyer, broshur, poscard, birthday card, invitation card, calendar) didapati pelajar mempunyai daya kreativiti yang cukup tinggi. Ingatlah apa yang saya pernah pesan, bila kita menjadi guru, guru yang kreatif dan yang mahu berusahalah yang akan mempunyai kelebihan dalam penghasilan p&p berkesan. Dan saya percaya, pelajar-pelajar yang saya bimbing mempunyai ciri-ciri berkenaan.

Di dalam Publisher Basics terdapat 2 bahagian yang telah pelajar terokai sendiri;

  • Publesher Basics ( Create a publication, create a blank publication, zoom in and out, add text, add a new text box, add a picture to a publication, add clip art to a publication).

  • Fine-Tune a Publication (change the text and size, change the text style, change text alignment, change text color, control text wrap, add a border, move a publication object, resize a publication object, connect text boxes, edit the background page, add a design gallery object and use the content library).

Teruskan minat anda!

Selasa, 26 Oktober 2010

RUMUSAN HAMPARAN ELEKTRONIK (EXCEL)




Salam sejahtera. Minggu lepas kita telah menyelesaikan topik terakhir iaitu hamparan elektronik. Apabila kita menguasai kemahiran ini, bermakna sebahagian besar kerja-kerja pengurusan bilik darjah dan aktiviti sekolah akan dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.


Excel merupakan perisian hamparan elektronik yang sangat berkuasa. Ia digunakan untuk menginput dan mengorganisasikan data serta menyelesaikan pelbagai tugasan yang melibatkan angka. Kita boleh menggunakannya secara langsung sebagai satu program untuk memanipulasikan data / angka, ataupun kita boleh menggunakannya sebagai pangkalan data untuk mengorganisasikan data dan untuk mengesan data dalam jumlah yang besar.

Kita telah menyelesaikan 5 bahagian utama ;

  • Building spreadsheets (enter cell data, select cell faster data entry with autofill, add, delete, resize columns and rows, turn on text wrapping, center data accross columns, freeze a column or row, remove data or cells).


  • Worksheet Basics (assign worksheet name, delete, add, move, copy a worksheet, format the worksheet tab color, find and replace data, sort data, filter data with auto filter, track and review workbook changes and change page set up).


  • Working with formulas and functions (create formulas, define a range name, reference ranges in formulas, reference cells from other worksheets, apply absolute and relative cell references, understanding functions, apply a function, total cell with autosum).


  • Formatting worksheets (audit a worksheet for errors, add a watch window, change a number formats, change the font and size increase or decrease decimals, change data color, adjust the cell alignment, control data orientation, copy cell formatting, add borders, format data with styles, assign conditonal formatting)


  • Working with chart ( create a chart, move and resize chart, change the chart type/style/layout, add axis titles format chart objects, add gridlines, change the chart data).


Melalui latihan yang selalu kita jalankan, saya percaya pelajar-pelajar telah dapat menguasai kemahiran di atas.



Khamis, 21 Oktober 2010

KURSUS MENGHASILKAN BLOG


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pelajar PPSIMP MT2 dan PC,

Sila hadir pada kursus di atas yang akan dijalankan pada Jumaat 22/10/10 Jam 2.45 petang di Makmal Multimedia 7. Bawa laptop dan broadband supaya perjalanan kursus lebih lancar.
Untuk makluman 2 kumpulan di atas, minggu hadapan kita akan mempelajari secara hands on dengan PUBLISHER.

RUMUSAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK



Kita telah menyelesaikan aktiviti hands on untuk topik Persembahan Elektronik iaitu Power Point Presentation. Ia merangkumi topik-topik berikut;




                1. PRESENTATION BASICS
                • create a presentation with a template

                • build a blank presentation

                • change PP views
                2. Creating slides
                • add and edit slide text

                • change the font and size

                • change the text color

                • change the text style

                • change the text alignment

                • set line spacing

                • assign a theme

                • change the slide layout

                • add a new text object

                • add clip art to a slide

                • add a chart to a slide

                • add a table to a slide

                • move a slide object

                • resize a slide object

                • create a custom layout with the slide master
                3. Assembling a slide show
                • insert and delete slides

                • reorganize slides

                • define slide transitions

                • add animation effects

                • insert a media clip

                • record narration

                • set up a slide show

                • create a photo album presentation
                4. Presenting a slide show
                • rehearse a slide show

                • run a slide show

                • create speaker notes

                • package your presentation on a CD

                Dari hasil tugasan yang disemak, didapati pelajar telah menguasai kemahiran PPT dengan baik dan terdapat kumpulan pelajar yang telah menghasilkan satu persembahan elektronik yang menggabungkan semua elemen multimedia di dalam tugasan mereka. Walaubagaimana pun terdapat juga kumpulan yang menghasilkan tugasan yang amat simple seperti untuk memenuhi keperluan kursus sahaja. Memandangkan waktu yang kita peruntukan untuk aktiviti "hands on"
                amat panjang, saya mengharapkan tugasan yang dibuat dihasilkan mencakupi semua kemahiran yang dipelajari.


                Saya berharap selepas ini, semua pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam menyelesaikan tugasan untuk aktiviti pembentangan, mikro teaching serta aktiviti yang memerlukan kerja-kerja persembahan sepanjang anda mengikuti program perguruan dan selanjutnya menggunakannya untuk menghasilkan bahan sokongan bagi aktiviti p&p di sekolah.