Selasa, 2 November 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN SEMOGA CEMERLANG

Pelajar-pelajar yang dikasihi,
Kita telah menyelesaikan keseluruhan silibus yang dikehendaki dalam performa Kursus Kemahiran TMK TM 3311D3 yang membawa kepada pengumpulan 3 kredit untuk program persediaan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pelajar yang telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada saya sepanjang saya mengendalikan proses p&p. Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada para pelajar yang selalu membantu saya apabila saya "lost" ketika aktiviti hands on sedang berlangsung. Dari pengalaman kita bersama, saya dapati semua pelajar mempunyai keupayaan yang sangat tinggi dalam menguasai kemahiran TMK, dan anda selalu bersedia dengan segala perubahan-perubahan dan input baharu dalam dunia IT. Tahniah!. Saya ucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan semuga berjaya dengan cemerlang. Selamat bercuti.

GAMBAR-GAMBAR KETIKA MENGIKUTI KURSUS BLOG