Selasa, 3 Ogos 2010

TUGASAN KUMPULAN KPLSPM SEM 1 PC & MT/PI/B2

TAJUK KURSUS : KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KOD KOD KURSUS : TM1311P5

SEMESTER : 1


TARIKH MULA 9 Sept 2010 TARIKH HANTAR 2 Oktober 2010

Hasil Pembelajaran Kursus


1.Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan
2.Memilih dan menggunakan media pengajaran secara berkesan
3.Menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran
4.Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Projek

1.Merancang pembinaan bahan P&P dengan sistematik secara berkumpulan
2.Mengumpulkan bahan-bahan dari pelbagai sumber
3.Membangunkan bahan P&P secara berkumpulan berdasarkan perancangan yang telah disediakan
4.Menghasilkan laporan projek.

Tajuk Projek


Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran interaktif menggunakan perisian persembahan multimedia seperti PowerPoint/Laman Web/Director dan sebagainya.

Tugasan Projek (50%)

Anda dikehendaki menyempurnakan tugasan ini secara berkumpulan dan tidak lebih daripada tiga orang bagi setiap kumpulan.Sumber pembelajaran adalah merupakan alat yang akan membantu guru menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Teknologi maklumat dan komunikasi memudahkan kerja guru untuk merancang dan menyediakan persembahan yang menarik. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran boleh dikumpul, disunting, dimurnikan dan diguna semula oleh guru pada bila-bila masa yang diperlukan.

Anda dikehendaki menghasilkan bahan P&P menggunakan perisian persembahan/laman web. Projek tersebut mengandungi sekurang-kurangnya 15 slaid/mukasurat untuk digunakan dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Persembahan yang menarik, sesuai dengan kebolehan murid serta dapat menjayakan pencapaian objektif pembelajaran yang dirancang hendaklah menjadi tujuan utama anda bila menghasilkan tugasan ini.

Sub-Tugasan

Menghasilkan satu laporan yang mengandungi perkara-perkar berikut:
Perancangan kerja dan proses kerja
Pelan kisah (storyboard)
Hasil produk.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus


1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan (2-3 orang).
2. Tugasan hendaklah diserahkan dalam bentuk bercetak (hard copy) dan digital (format CD)
3. Anda hendaklah berbincang dengan pensyarah sepanjang proses menghasilkan bahan.
4. Setiap anggota kumpulan hendaklah berkerjasama sepanjang proses melaksanakan tugasan tersebut.
5. Format penulisan laporan tugasan adalah seperti berikut:
i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA
v. Lampiran

7. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

8. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Kemahiran anda mengaplikasi dan menggabungkan pelbagai jenis media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi akan menjadi fokus utama penilai menilai hasil tugasan anda.

2. Pengaplikasian grafik, unsur rekaan serta prinsip rekaan yang baik akan diambilkira.

3. Keaslian serta ketepatan maklumat dari pelbagai sumber perlu diambil kira dalam menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.

4. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan