Rabu, 27 Oktober 2010

PUBLISHER BASICS








Salam sejahtera kepada pelajar yang dikasihi, pada minggu terakhir kuliah kita, pelajar telah dibekalkan dengan modul publisher basics sebagai aktiviti tambahan. Berpandukan modul berkenaan, pelajar telah menjalankan aktiviti hands on secara individu tanpa penerangan atau kuliah dari saya. Atas kepercayaan saya terhadap kebolehan dan minat para pelajar sendiri yang sangat mendalam terhadap ICT, pelajar diberi kebebasan memilih templat yang diminati ataupun merekaciptanya sendiri untuk menghasilkan bahan yang pelajar minati. Dari persembahan pelajar (flyer, broshur, poscard, birthday card, invitation card, calendar) didapati pelajar mempunyai daya kreativiti yang cukup tinggi. Ingatlah apa yang saya pernah pesan, bila kita menjadi guru, guru yang kreatif dan yang mahu berusahalah yang akan mempunyai kelebihan dalam penghasilan p&p berkesan. Dan saya percaya, pelajar-pelajar yang saya bimbing mempunyai ciri-ciri berkenaan.

Di dalam Publisher Basics terdapat 2 bahagian yang telah pelajar terokai sendiri;

  • Publesher Basics ( Create a publication, create a blank publication, zoom in and out, add text, add a new text box, add a picture to a publication, add clip art to a publication).

  • Fine-Tune a Publication (change the text and size, change the text style, change text alignment, change text color, control text wrap, add a border, move a publication object, resize a publication object, connect text boxes, edit the background page, add a design gallery object and use the content library).

Teruskan minat anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan